…Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya…

Last night, my schoolmate invited me to have fun together. Actually I feel bored at home for whole day. So I decided to go. We went two places, karaoke and then walking along the beach in Bagan Ajam. Anyway, I thought I can enjoy it. But something else was happen. I have no idea to chat and just speechless in the car as well as in karaoke room. I don’t know how to mix with them anymore. In fact,we become awkward. Now, I rather miss my friend in uitm perlis. They are the real friend compare with those friends. They are more understanding me..(T_T)


Saya telah mengembara ke hujung dunia,mencari CINTA saya.Tapi, pertama kali saya bertemu awak , hati saya terus terpaut.Demi tuhan,saya tak tahu kenapa.Tapi itu adalah kebenarannya.Saya telah menolak awak, tapi awak telah mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor rama rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Di sana saya tidak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awak juga lah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar jatuh CINTA pada seseorang. Jadi selama ini siapa saya di hati awak?

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?

Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??

AWAK!

Awak mungkin jenis perempuan yang boleh menyintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula seorang LELAKI yang percaya dalam hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan.

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak.

Awak,

Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, Inilah jawapan saya;

‘kalau suatu hari,awak kehilangan suara,saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun masa itu, saya akan bisu selama lamanya’

‘Dan suatu hari awak kehilangan hati, saya akan berikan hati saya agar awak dapat hidup untuk selama lamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tak pernah tahu)

Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya,

Seseorang pernah berkata,

‘if you really LOVE someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place’

Awak,

Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagian awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti , awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenarnya. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Awak,

Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita ada jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau apa pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

“Abang, sayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”.

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Sayang akan mulai dulu ya”, kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat …

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan suminya tertunduk dan sedikit airmata bergenang di sisi matanya… mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakannya sebelum ini tanpa disedari…

“Maaf bang, apakah sayang harus berhenti ?” tanyanya.
“Oh tidak, teruskan …” jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran abang pula membacakan senarai abang..Sayang sedia mendengarnya” .

Dengan suara perlahan dan tersekat-sekat suaminya berkata, “Maafkan abang…Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas abang. Abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna di sisi abang, dan abang tidak ingin mengubah akan diri sayang. Sayang adalah diri sayang sendiri. Sayang cantik dan baik di sisi abang. Tiada satupun daripada peribadi sayang yang dapati dapati kurang…Abang sayang dan cintakan isteri abang yang dulu dan sekarang dan selama-lamnya selagi hayat abang…..”

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya… bahawa isSuaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis…

——————————–
Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki…..

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita….

p/s:this holiday i spent more time at beach for sigh seeing..so to find peaceful in my broken heart..